Buat pasta sebenarnya tak lah sepayah yang disangka. Barang-barang yang diperlukan sangat asas. Kalau tak ada mesin pembuat pasta, itu bukanlah masalahnya... Mari kita buat pasta!
Ingredients (pasta):
100g plain flour - tepung biasa
1 egg - telur
1 teaspoon of oil - minyak masak
A pinch of salt - secubit garam
Chopped fresh English Parsley @ Cincangan Daun Parsley Inggeris...
Beetroot juice @ Jus Beetroot (sorry, tak tahu apa dalam BM)...
Chopped Chives @ Cincangan Daun Kucai...
Tomato Paste @ Pes Tomtao...
Birds' Chilli @ Cili Padi...
Dried Chilli Flakes @ Empingan Cili Kering...
Spinach Juice @ Jus Sayur Bayam...
Dan macam-macam perasa lagi yang anda suka!
Method (1):
- Pada permukaan rata, letakkan tepung dan buat lubang bulatan di tengah
- Letakkan telur, minyak, garam (untuk doh pasta yang biasa) atau tambahkan bersama bahan perisa pilihan anda seperti yang dicadangkan di atas pada lubang bulatan tengah tepung tadi
- Gaul secara perlahan-lahan kesemua bahan-bahan tersebut sehingga sebati
- Uli doh tersebut dengan kuasa tangan anda untuk tempoh 10-15minit
- Jadikan doh tersebut satu bulatan yang cantik dan balutkan dengan pembalut plastik. Pastikan ianya ketat dan tiada udara
- Ketepikan doh tersebut untuk suatu tempoh antara 30-60minit
Method (2):
- Buka dari pembalut plastik dan bahagikan kepada dua. Tak nak potong dua pun tak apa...
- Leperkan pada kadar kenipisan yang dikehendaki samada dengan menggunakan penggiling tepung ataupun pembuat pasta. Jangan terlalu nipis, tak kenyal dan tak sedap nanti...
- Note: Semasa hendak dileperkan, taburkan tepun pada adunan doh supaya tak melekat pada permukaan mahupun penggiling tepung ataupun pembuat pasta
- Setelah mendapat kadar kenipisan dan panjang yang dikehendaki, jemurkan pasta tersebut pada suhu bilik antara 15-30minit. Ini bagi memudahkan pemotongan supaya ia tidak melekat dan bercantum-cantum
Method (3):
- Setelah kering dijemur, anda boleh memotong lapisan pasta itu menggunakan pisau yang tajam pada bentuk/kelebaran/panjang yang dikehendaki. Anda juga boleh menggunakan pembuat pasta untuk mendapatkan potongan fetuccini ataupun mee, terpulang.
- Setelah itu pasta bolehlah di masak di dalam air mendidih selama 2-3minit sahaja.
- Tapiskan pasta dan kemudian terus dimasukkan ke dalam air sejuk/ais untuk beberapa saat.
- Tapiskan dan sedia dihidang bersama sos yang disukai.
Lepas ni kita belajar buat sos pulak ya? =)
Anita Tahir
No comments:
Post a Comment