2010... Perhentian Island - no basic infrastructures provided by the government (water & power supplies), no roads, no shopping malls, no clubs, no cinemas, no traffic jam, no vehicles, - just few chalets & resorts ranging from no star to 5 stars, food outlets, beach huts & restaurants, boats and calmness. I was blessed to have a chance to live a beach life for 2010 season.
Aku bekerja di salah sebuah resort di Pulau Perhentian Kecil dan kemudian berpindah ke resort lain di Pulau Perhentian Besar. Kerja apa? Ala... jadi kuli batak jer. Tak ada duit nak buat resort sendiri. Hahahaha... Tak kisah lah pulau kecil or besar, tapi life aku di Pulau Perhentian memang suatu yang tak akan dapat aku lupakan seumur hidup aku.
Aku mempunyai advantage tersendiri semasa di pulau - penguasaan Bahasa Inggeris yang agak power lah jugak berbanding dengan pekerja-pekerja lain di resort tempat aku bekerja mahupun resort-resort yang lain dan oleh kerana itu aku banyak menjalinkan persahabatan dengan ramai pelancong-pelancong asing. Oleh kerana kredibiliti aku berkepit dengan minah dan mat salleh sebelum, semasa, dan selepas waktu bekerja, aku diberi jolokan "beach girl" oleh beach boys di pulau tersebut sebab sebelum ini memang tak ada beach girl di situ.
Life memang seronok. Walaupun bekerja gaji tak seberapa tapi kepuasannya sangat berbeza dengan kehidupan di bandar. Di bandar KL gaji beribu-ribu tak pernah cukup tapi di pulau, macam tak ada apa. Tempat tinggal, makan minum semua tanggung beres! Seafood memang tak menjadi persoalan langsung! Bila bosan, terjun ke laut. Snorkeling atau diving. Paling seronok - FREE! Bila malam, lepak layan borak dengan tourists yang pelbagai rupa, pelbagai ragam, pelbagai bahasa, pelbagai latar belakang dan segalanya pelbagai.
"Are you Hawaiian?"
"Are you Maori from New Zealand?"
Itu adalah the most asked question to me. Huh? I mean, seriously. I don't think I have that Haiwaiian or Maori look. Maybe the physical but... naaaah! The way I talk? I mean my English accent? Naaaaaah! Aku tetap rasa muka aku adalah sangat melayu.com ok? LOL! But not every mat and minah salleh know how to speak English. Aku dah jumpa orang kulit putih yang tak pandai cakap omputih! Betul... Tak tipu kau! At that point of time, memang rasa macam nak cekik-cekik jer pelancong tu and sendiri pun ada rasa nak hantuk-hantuk kepala kat dinding tapi sabar... Bukan resort aku ataupun bapak aku ataupun mak aku. Hahahaha! Tapi most of the time, memang tak ada problem langsung lah cuma penatnya kadang-kadang aku kena jadi penterjemah bahasa.
Namun keseronokan hanya sementara, hampir sahaja musim monsoon tiba, aku pun kembali ke bandar KL dan terpaksa kembali menjalani hidup yang aku sudah agak lelah. Memanglah duduk di pulau tu walaupun sementara tu bunyinya agak buat aku outdated tapi hello! Bukan tak ada internet, astro, tv semua tu OK? It just the life was not as rushing macam di bandar. Tapi tak lama di KL aku ke pulau yang lain. Pulau yang penuh dengan hutan konkrit - pulau Singapura! Lebih rushing dari Kuala Lumpur... Parah!
Perhentian Island in a memory...
Anita Tahir
No comments:
Post a Comment