Wednesday, 17 August 2011

Nasi Teriyaki Dada Ayam (Chicken Breast Teriyaki Rice)

Nota: Makanan yang akan dikongsi resepi kali ini mempunyai beberapa bahan-bahan yang tidak halal namun ia boleh tidak digunakan langsung tetapi anda tidak akan mendapat rasa yang sama seperti asal.
Note: This recipe contains several ingredients that are non-halal, but it is ok if not to use those ingredients at all but you will not get the same taste as the original. Maybe similar.


Bahan-bahan/Ingredients:
2 dada ayam berkulit (lebih kurang 80g-100g setiap satu) / skin-on chicken breasts (about 80g-100g each)
2 batang daun bawang besar (bahagian putihnya sahaja, dipotong 3cm panjang) / stalks of leeks (white part only, cut into 3cm lengths)
120ml sake / sake **non-halal
25ml mirin / mirin **non-halal
30g gula kaster / caster sugar 
40ml kicap soya / soy sauce
2 mangkuk nasi siap masak / bowls of cooked white rice



Picture credit to Superstock.com
Cara-cara/Method:
  • Dengan menggunakan sedikit minyak di dalam kuali leper, panggang dada ayam sehingga warnanya keemasan. Pastikan kulitnya garing. Asingkan. Kemudian di dalam kuali leper yang sama, panggang potongan daun bawang besar sehingga bertukar warna coklat. Asingkan. / Using frying pan, pan-grill the chicken breast, skin side down, until both sides are golden. Set aside. Now pan-grill the leeks until lightly browned. Set aside.
  • Gabungkan sake, gula, mirin dan kicap soya di dalam periuk kecil dan masukkan dada ayam yang telah dipanggang tadi. Pada kehangatan api sederhana, didihkan campuran tadi dan biarkan ayam terus masak. Tutup periuk untuk 5min dan biarkan ayam masak sempurna. Keluarkan dada ayam tersebut dan ketepikan. / Combine sake, sugar, mirin and soy sauce in a pot, and add the pan-grilled chicken breasts. Over a medium flame, bring the mixture to a boil and let the chicken cook. Covered for 5mins or until it well-cooked through. Remove the chicken and set aside. 
  • Didihkan semula sos tadi sehingga kadarnya berkurangan dan teksturnya seperti madu yang cair. Ini memakan masa tidak lebih dari 5min. Berhati-hati supaya tidak terlebih masak atau gula akan menjadi karamel dan mengeras. / Bring the remaining sauce back to a boil and reduce it into a syrupy liquid resembling the consistency of runny honey. This should take no more than 5mins. Take care not to overcook it or the sugar will caramelize and harden.
  • Hiriskan dada ayam tadi dengan nipis dan susunkannya di atas nasi. Tuang sos tadi di atas ayam dan nasi dan kemudian hidangkan bersama daun bawang besar yang telah dipanggang tadi. / Slice the chicken breasts thinly and place them on top of the rice. Pour the sauce over and top with the pan-grilled leeks.

Dada ayam boleh juga digantikan dengan itik mahupun daging lembu. Terserah pada anda. Selamat mencuba dan menikmatinya! Errr... Sila jangan tanya saya masak dan makan yang versi halal atau bukan halal ya?! LOL!
You may replace chicken breasts with duck or beef. It is entirely up to you. Good luck and may you enjoy your food! Errr... Please do not ask me which version (halal or non-halal) that I cook and eat yeah? LOL!


Anita Tahir

No comments:

Post a Comment